Tun M hadir ke Masjid Negara, beri penghormatan terakhir kepada Pak Lah

LocalPolitics
15 Apr 2025 • 11:34 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tun M dilihat tiba di Masjid Negara bagi memberikan penghormatan terakhir kepada allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

image is not available

Tun M hadir ke Masjid Negara beri penghormatan terakhir

Menerusi laporan dari Buletin TV3, Tun Mahathir Mohamad telah tiba berpakaian serba hitam di masjid sebelum jenazah allahyarham Tun Abdullah disemadikan selepas Zohor nanti.

Tun M hadir ke Masjid Negara, jenazah akan disemadi selepas Zohor

Jenazah Allahyarham Tun Abdullah telah dibawa ke Dewan Solat Utama, Masjid Negara pada pagi tadi bagi penghormatan terakhir yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.

image is not available

Menerusi maklumat yang disampaikan kepada media, jenazah akan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan selepas solat Zuhur di lokasi persemadian tokoh-tokoh negara yang berjasa besar kepada Malaysia.

Tun Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Pak Lah telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira jam 7.10 malam semalam.

image is not available

Menurut kenyataan rasmi daripada Pejabat Perdana Menteri, Allahyarham mengalami masalah pernafasan sejak beberapa minggu lalu.

Untuk rekod, Tun Abdullah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dari tahun 2003 hingga 2009, menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu.