Tun M Kurang Sihat, Terima Rawatan Di IJN Akibat Jangkitan

LocalPolitics
13 Feb 2024 • 11:30 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) dilaporkan sedang menerima rawatan akibat jangkitan di Institut Jantung Negara (IJN).

Menurut jurucakapnya, Tun M yang juga bekas Ahli Parlimen Langkawi berusia 98 tahun itu dimasukkan ke IJN pada 26 Januari lepas.

Beliau juga akan berehat untuk satu tempoh masa bagi proses pemulihan.

“Tun (Dr Mahathir) sedang menerima rawatan untuk jangkitan di IJN, disusuli dengan tempoh berehat untuk pemulihan yang optimum,” kata jurucakap itu menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

image is not available

Hari ini, kes perbicaraan kes saman Mahathir terhadap Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung kenyataan berbaur fitnah isu ‘kutty’ ditanggungkan ke 19 Julai kerana beliau tidak sihat.

Perkara itu dimaklumkan peguam Mior Nor Haidir Suhaimi yang mewakili Mahathir selaku plaintif ketika ditemui selepas prosiding kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong di Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.

IJN juga menghantar satu surat kepada mahkamah menyatakan bekas perdana menteri itu tidak dapat hadir ke mahkamah hari ini atas sebab kesihatan.