Tun M Letih Kayuh Basikal Hampir 9KM, Tinggalkan Program Lebih Awal | WeirdKaya

LocalHealth & Fitness
13 Jul 2025 • 3:26 PM MYT
WeirdKaya
WeirdKaya

Community news hub for today's generation of Malaysians

image is not available

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa meninggalkan program Picnic & Potluck lebih awal setelah dilaporkan keletihan mengayuh basikal hampir 9KM.

Tun M keletihan kayuh basikal

image is not available

Memetik laporan Harian Metro, rogram yang dilakukan di Tasik Putrajaya bersebelahan Yayasan Kepimpinan Perdana itu berlangsung sempena sambutan hari kelahiran ke-100 beliau pada 10 Julai lalu serta ulang tahun kelahiran ke-99 isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada 12 Julai.

Tun Mahathir yang tiba pada jam 7.45 pagi memandu secara sendiri sebelum mengayuh basikal secara ‘tandem’ di sekitar tasik ditemani pegawai keselamatan khas.

Namun begitu, setelah tamat berbasikal sejauh kira-kira lapan hingga sembilan kilometer, beliau dilihat keletihan dan duduk berehat di kerusi sebelum menuju ke meja sarapan yang disediakan.

image is not available
Foto: Oh My Media

Turut kelihatan kehadiran Tun Siti Hasmah, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta anak beliau, Tan Sri Mokhzani Mahathir yang menunggu beliau.

Sehubungan itu Tun Mahathir dilihat meninggalkan program kira-kira jam 10 pagi sebelum sempat beramah mesra dan bergambar dengan orang ramai yang hadir.

Menurut sumber, Tun Mahathir dan isteri meninggalkan program lebih awal untuk pulang dan berehat di rumah.

Sementara itu, Mokhzani berkata, bapanya tidak mengalami masalah kesihatan namun keletihan selepas menghadiri satu program semalam serta kurang tidur.

Beliau turut memaklumkan, pagi ini pula Tun Mahathir terus berkayuh agak jauh, jadi beliau berasa sedikit letih.

“Selepas bersarapan dan menjamah sedikit kuih serta kopi beliau kembali segar,” katanya.

Difahamkan lebih 500 orang hadir memeriahkan program dengan membawa pelbagai makanan untuk bersarapan secara santai bersama keluarga di tepi tasik.

Sumber: Harian Metro (Samadi Ahmad)

View Original Article