Tun M Rupanya Teringin Nando’s, Pekerja Kongsi Pengalaman Sediakan Hidangan Buat Bekas Perdana Menteri

LocalFood
12 Jun 2026 • 7:05 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Tun M Rupanya Teringin Nando’s, Pekerja Kongsi Pengalaman Sediakan Hidangan Buat Bekas Perdana Menteri

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja restoran Nando’s meluahkan rasa bangga apabila diberi peluang menyediakan hidangan untuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dikatakan teringin menikmati makanan dari rangkaian restoran terkenal itu.

Menerusi satu hantaran di Threads, wanita dikenali sebagai Faeztny berkongsi pengalaman menyediakan pesanan bawa pulang khas untuk Tun Dr Mahathir.

“Bangga hari ini, dapat prepare meal take away from Nando’s untuk The Best Ex Prime Minister Malaysia Tun M.

“Sihat selalu Tun M. Sempat selitkan kad kecil mendoakan kesihatan Tun M, dan Tun M baca,” tulisnya.

Perkongsian tersebut turut memaparkan beberapa keping gambar menunjukkan Tun Dr Mahathir sedang melihat kad ucapan yang diselitkan bersama hidangan berkenaan.

Tun M Sendiri Minta Nando’s Selepas Pemeriksaan Kesihatan

Menariknya, hantaran itu turut mendapat perhatian pembantu rapat Tun Dr Mahathir yang menggunakan akaun @amofficialmy.

Menurut beliau, bekas Perdana Menteri itu memang teringin menikmati Nando’s pada hari berkenaan selepas selesai menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Harini dia memang teringin makan Nando’s. Lepas checkup terus bagitahu nak. Thank you,” tulisnya di ruangan komen.

Dalam masa sama, Faeztny turut memberitahu bahawa hidangan tersebut dibeli dari cawangan Nando’s di IOI Putrajaya kerana itulah lokasi pilihan Tun Dr Mahathir.

Warganet Tersentuh Dengan Kad Ucapan

Perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi positif daripada warganet yang rata-ratanya tersentuh apabila mengetahui kad ucapan yang diberikan kepada Tun Dr Mahathir sempat dibaca sendiri oleh negarawan berusia 100 tahun itu.

Ada yang memuji tahap kesihatan serta penglihatan beliau yang masih baik, manakala ramai juga berseloroh bahawa mereka kini teringin menikmati Nando’s selepas melihat perkongsian tersebut.

Tidak kurang juga yang mengucapkan tahniah kepada pekerja restoran berkenaan kerana berpeluang menyediakan hidangan untuk tokoh yang disifatkan sebagai antara figura paling berpengaruh dalam sejarah negara.

Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-100 pada 10 Julai tahun lalu dan sehingga kini masih aktif menghadiri pelbagai program serta berkongsi pandangan mengenai isu semasa negara. – The Malaysian update


Sokong TMU

Jika anda menghargai usaha TMU dalam menyampaikan berita, maklumat dan isu semasa yang bermanfaat, anda boleh memberi sokongan secara sukarela.

Sokongan anda membantu kami terus menghasilkan laporan, artikel dan kandungan berkualiti untuk rakyat Malaysia.

Sokong TMU di sini

The post Tun M Rupanya Teringin Nando’s, Pekerja Kongsi Pengalaman Sediakan Hidangan Buat Bekas Perdana Menteri appeared first on The Malaysian Update.