Tun Mahathir Dedah Sebab Tidak Menyukai Khairy Jamaluddin

Politics
15 Nov 2023 • 3:43 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dedah sebab beliau tidak menyukai bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam episod terbaru podcast Keluar Sekejap.

Tun Mahathir Dedah Sebab Tidak Menyukai Khairy Jamaluddin

image is not available

Semasa bersoal jawab, Khairy secara spontan menyoal bekas pemimpin UMNO itu punca beliau tidak menyukai dirinya dengan bersahaja.

“Kenapa Tun tak suka saya?” soalnya.

Mahathir kelihatan tergamam buat seketika atas soalan tersebut namun berjaya menjawab dengan tenang.

“Pasal awak bertanding dengan anak saya. Dan ibu mentua kempen untuk awak, itu yang saya diberitahu,” jawabnya.

Beliau merujuk kepada Allahyarhamah Endon Mahmood, isteri kepada bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

image is not available

Jawapan Mahathir menyebabkan Khairy yang kini penyampai radio Hot FM terkejut lalu tertawa dan menafikan dakwaan bahawa ibu mentua menyokongnya dahulu.

Sebelum ini, Khairy telah mengalahkan anak kepada Mahathir, Mukhriz Mahathir dan bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo dalam merebut jawatan Pemuda UMNO.

Namun apabila ditanya mengapa Mahathir mempercayai kata-kata orang lain, bekas Presiden Bersatu itu enggan membincangkan perkara tersebut.

“Jangan bincanglah perkara ini lagi. Itu apa yang saya percaya,” katanya.

Terdahulu, Mahathir pernah mengkritik Abdullah Ahmad Badawi semasa kepimpinanya sebagai Perdana Menteri kelima Malaysia atas beberapa sebab.

Antaranya ialah, selepas beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Abdullah dilantik sebagai penggantinya.

Namun begitu, selepas memegang jawatan Perdana Menteri, Abdullah membatalkan beberapa projek seperti Jambatan Bengkok Singapura-Malaysia.

Mahathir cuba untuk menjelaskan rasa kekecewaannya terhadap Abdullah yang ‘memungkiri janji’ namun Khairy menamatkan perbualan mengenai isu tersebut.

Sumber: Malaysiakini, Podcast Keluar Sekejap