Tun Mohamed Dzaiddin meninggal dunia

11 Jul 2024 • 10:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tun Mohamed Dzaiddin

SHAH ALAM - Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah meninggal dunia pada malam ini akibat komplikasi jantung.

Perkara itu disahkan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebentar tadi.

Mohamed Dzaiddin menghembuskan nafas terakhir pada usia 86 tahun dan meninggalkan seorang balu bersama dua cahaya mata.

Menurut anak kepada Allahyarham, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara esok sebelum solat Jumaat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!