Tun Musa tunai umrah 

2 Feb 2026 • 1:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

MAKKAH: Yang di-Pertua Negeri Tun (Dr) Musa Aman menunaikan ibadah umrah selepas menghadiri program rasmi bersama pelajar Sabah di Mesir serta merasmikan Dewan Al-Imam Al-Tayeb Sheikhul Azhar.

Tun Musa turut bertemu pelajar Sabah ketika singgah di Madinah. Pelajar-pelajar ini sedang melanjutkan pengajian di sana.

Ketibaan beliau bersama isteri Toh Puan Faridah disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Kerajaan Arab Saudi Dato’ Mohamad Syed Bakri Syed Abdul Rahman dan isteri.

Duta Besar serta isteri turut menyertai Tun Musa dan rombongan beliau menunaikan ibadah umrah.

Turut hadir ialah Hassan Ibrahim Abdullah, Pegawai Komunikasi di Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah.