Tuna segar dan produk kecantikan eksklusif dari Kepulauan Solomon, kini sudah berada di pasaran Malaysia

LocalFood
21 Dec 2023 • 11:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

BERMULA pada tahun ini, rakyat Malaysia berpeluang menikmati produk eksklusif dari Kepulauan Solomon seperti SolTuna, Coco Soap dan KOSI.

SolTuna merupakan tuna yang diperoleh dari Lautan Pasifik yang diproses segar.

Coco Soap, Islands’ Own dan KOSI daripada Kokonut Pacific Solomon Islands pula berupa produk penjagaan diri berasaskan kelapa.

Kesemua produk itu diedarkan oleh Bountiful Ventures Sdn Bhd.

 

image is not available

Dalam pada itu, Duta Besar Kepulauan Solomon, Salana Kalu berkata, pihaknya berbangga dapat membawa produk terbaik mereka ke Malaysia iaitu negara pertama di rantau ASEAN.

image is not available

“Ini merupakan peristiwa penting bagi kami kerana perkongsian perdagangan ini menyokong kehidupan nelayan dan petani tempatan serta keluarga mereka di Kepulauan Solomon,” katanya dalam satu kenyataan.

image is not available

SolTuna, Coco Soap dan KOSI itu boleh dibeli di Jaya Grocer dan secara dalam talian (https://medellamy.easy.co/).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang