
TAWAU: Penggunaan gelaran ketua pimpinan negeri ini bukan terletak pada nama tetapi lebih penting adalah tafsiran perlembagaan dan memastikan agar hak-hak termaktub di dalam Perjanjian 1963 (MA63) dilaksanakan.
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata tiada erti gelaran ketua menteri ditukar kepada Premier Sabah sekiranya apa yang sudah dijanjikan di dalam MA63 tidak ditunaikan.
“Itu yang penting bagi kita (tunai janji)… Contohnya 40 peratus geran khas yang ada yang harus menjadi keutamaan. Dan ini sudahpun diutarakan Perdana Menteri dan kita melihat ini adalah satu langkah cukup baik dan penting agar menjadi kenyataan,” katanya.
