Tunaikan haji dan lancarkan lagu baharu, azam baharu Ella tahun 2024

Music
2 Jan 2024 • 4:05 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Menunaikan ibadah haji serta menghasilkan lagu baharu antara azam ratu rock tanah air, Ella Aminuddin pada tahun ini.

Menurut Ella, jika diberikan rezeki dan umur yang panjang, dia ingin mengerjakan haji di Tanah Suci Makkah.

"Mengenai lagu baharu pula, kalau boleh memang saya ingin keluarkan secepat mungkin," katanya.

Ella turut menitipkan pesanan khas kepada peminatnya mengenai wabak Covid-19 yang kembali merebak.

"Covid-19 bukanlah sesuatu yang baharu buat kita.

"Hati-hati apabila berada dalam keadaan ramai orang. Pakai pelitup mata dan jaga kesihatan selalu.

"Kalau boleh elakkan keluar dengan terlalu kerap kecuali untuk hal yang penting sahaja," katanya.

Ella juga mengakui tidak sabar bertemu peminatnya di Kota Kinabalu, Sabah sempena Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota di SICC Mall pada 20 Januari ini. - 2 Januari, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved