Tune Protect Tawar Insurans Jenayah Siber Peribadi Serendah RM145/Setahun

TechnologyDigital
17 Apr 2023 • 12:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Peka waspada ancaman siber kerana masyarakat kini tidak terkecuali untuk terus menjadi sasaran penjenayah siber. Lebih mengeruhkan keadaan apabila bermacam-mcam kes penipuan dalam talian yang bertimbun dilaporkan darimasa kesemasa. Misalnya lebih daripada 4,700 kes penipuan yang telah dilaporkan pada tahun lalu.

image is not available

Selari dengan itu, Tune Protect Malaysia kini mengorak langkah dengan mengembangkan lagi perkhidmatan membantu orang ramai mengambil pelindungan insurans peribadi khususnya melindungi risiko siber. Dinamakan sebagai Tune Cybersecure, ia pertama kali ditawarkan oleh Tune Protect untuk individu dan mendapat kerjasama sebuah syarikat tempatan Insurtech iaitu Senang.

image is not available

Tujuan insurans ini diperkenalkan adalah bagi melindungi individu daripada ancaman siber, dalam masa sama turut mengekalkan ekosistem siber yang selamat diakes dengan sokongan teknikal pada bila-bila masa yang diperlukan. Langganan premium adalah serendah RM145/setahun, pelanggan akan menikmati pelindungan daripada pelbagai risiko siber.

image is not available

Ini termasuklah penipuan pemindahan dana elektronik, penipuan runcit dalam talian dan kecurian identiti dengan perlindungan sehingga RM10,000. Ia juga meliputi seluruh keluarga dan peranti elektronik yang disambungkan ke internet di alamat yang berdaftar. Selain daripada itu, orang ramai turut boleh mendapatkan polisi secara dalam talian dengan pengesahan liputan dalam masa singkat.