Tune Talk kini tawarkan Wi-Fi poket untuk perayauan bermula RM8/hari

Digital
16 Oct 2023 • 3:45 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Tune Talk mengumumkan satu produk baharu khas untuk anda kekal berhubung di luar negara sewaktu melancong. Tune Talk Pocket WiFi adalah langganan peranti poket yang boleh menyediakan capaian Internet kepada sehingga 8 peranti serentak melalui sambungan Wi-Fi.

Sebanyak lebih 140 negara merentasi pelbagai benua dicakupinya pada pelbagai paras harga.

image is not available

Kadar yang paling murah adalah untuk rantau Asia apabila capaiain Internet untuk Singapura, Jepun, dan Korea ditawarkan pada RM8/hari. Kalau anda pergi ke Amerika Syarikat, pelan 10GB ditawarkan pada harga RM68. Untuk memeriksa kadar, anda perlu berdaftar dan melog masuk untuk melihatnya.

image is not available

Pembelian boleh dilakukan secara dalam talian sepenuhnya. Lokasi pungutan peranti Wi-Fi boleh dilakukan di KLIA 1 dan KLIA 2 sementara dua lagi lokasi iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang akan dibuka tak lama lagi.

image is not available

Selain daripada bayaran pelan, bayaran deposit peranti juga akan dikutip. Deposit akan dipulangkan kembali apabila anda mengembalikan peranti Wi-Fi kepada pihak Tune Talk.

image is not available

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.