Tune Talk Lancar Ciri Auto-Perbaharu Untuk Pelanggan Prabayar

LocalTechnology
11 Aug 2025 • 11:13 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tune Talk melancarkan ciri baharu auto-perbaharu kepada pelanggan talian prabayar mereka. Menerusi ciri ini, kredit akaun prabayar mereka akan ditambah secara automatik menggunakan maklumat kad yang dimasukkan ke dalam aplikasi Tune Talk. Dengan ciri ini tidak timbul isu perkhidmatan terputus dan menjadi seakan menggunakan akaun pascabayar.

image is not available

Ciri ini boleh dimatikan bila-bila masa sahaja menerusi aplikasi sekiranya pelanggan ingin kembali kepada sistem asal. Pelanggan prabayar Tune Talk sudahpun boleh menggunakannya hari ini dengan sebanyak 500 markah diberikan kepada mereka yang mengaktifkannya.