TuneTalk kini menyambut ulang-tahun ke 16 mereka, dan selari dengannya, TuneTalk turut memperkenalkan kemaskini kecil pada logo sedia ada mereka. Melalui penambahan baharu, TuneTalk menambah elemen berwarna firus (turquoise) pada logo sedia ada.

Ini sekaligus membawa kepada perubahan bentuk logo yang sebelum ini bulat. Pihak TuneTalk melalui kemaskini ini menyatakan evolusi ini bukan sekadar pada warna, tetapi juga membawa kepada lebih bermakna, moden, dan mesra Gen Z.
Logo ini juga mengekalkan visi asal mereka, iaitu kekal mudah dan ringkas. Selari pengenalan logo ini, kita mungkin melihat perubahan pada bahan pemasaran dan sebagainya bergerak ke hadapan.





