Tunggakan Cukai Pendapatan: Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Najib Dan Anak

Politics
16 Oct 2023 • 11:53 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tunggakan Cukai Pendapatan: Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Najib Dan Anak

PUTRAJAYA, 16 Okt (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya Datuk Mohd Nazifuddin perlu membayar tunggakan cukai pendapatan, masing-masing berjumlah RM1.69 bilion dan RM37.6 juta, kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ini susulan keputusan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan hari ini yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang menolak rayuan Najib dan Nazifuddin terhadap penghakiman terus yang dibuat terhadap mereka berhubung tunggakan cukai pendapatan.

Ketika membacakan keputusan, hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nallini Pathmanathan berkata LHDN mengenakan cukai ke atas kedua-dua perayu dengan cara yang sama seperti yang dilakukan terhadap semua rakyat negara ini.

“Perayu tidak dikhususkan untuk layanan diskriminasi atau diperlakukan dengan cara yang tidak diperuntukkan dalam Akta Cukai Pendapatan. Tiada asas bukti dalam rekod untuk menyokong perkara sedemikian.

“Oleh itu, tiada asas untuk dakwaan bahawa terdapat perlanggaran Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Sumber: BERNAMA