Tunggang Motosikal Curi, Warga Asing Ditahan Di Kuching

27 Apr 2024 • 6:39 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Seorang warga asing ditahan menunggang motosikal curi

Tunggang Motosikal Curi, Warga Asing Ditahan Di Kuching. Dipetik daripada The Borneo Post, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak telah menahan seorang penunggang motosikal dipercayai menunggang motosikal curi dalam operasi di Serian pada 22 April lalu.

JPJ Sarawak dalam kenyataan di Facebook hari ini berkata penunggang motosikal lelaki warga asing itu telah ditahan penguat kuasa sekitar jam 12 tengah hari ketika rondaan di Jalan Kuching-Serian dalam perjalanan ke Siburan.

image is not available
Tunggang Motosikal Curi, Warga Asing Ditahan Di Kuching. Kredit gambar: JPJ Negeri Sarawak

Tidak memiliki lesen memandu yang sah

Pemeriksaan terhadap penunggang motosikal itu mendapati dia tidak memiliki lesen memandu yang sah dan tidak membawa sebarang pengenalan diri serta dokumen perjalanan yang sah.

Lelaki berkenaan juga disyaki cuba melarikan diri namun berjaya digagalkan apabila diberkas pegawai yang bertugas.

Pasukan operasi segera menghubungi polis Serian untuk tindakan lanjut, dalam kenyataan tersebut.

image is not available
Kredit gambar: JPJ Negeri Sarawak

Motosikal yang dilaporkan hilang beberapa hari lalu.

Sementara itu, siasatan polis turut mendapati motosikal yang digunakan lelaki itu dilaporkan hilang beberapa hari lalu.

Selain itu, didapati juga suspek memiliki dompet milik orang lain yang dilaporkan hilang semalam.

Polis kini menyiasat sama ada lelaki itu mempunyai kaitan dengan beberapa kes curi motosikal lain yang dilaporkan sebelum ini di Serian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membabitkan jenayah curi kenderaan, yang boleh dihukum penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi tujuh tahun, jika sabit kesalahan.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: