“Tunggu Attar Sampai” – Yatim Piatu Sekelip Mata, Luahan Anak Sulung Masa Kemalangan Sebak

4 Mar 2024 • 9:38 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
attar

“Tunggu Attar sampai ke syurga, abah jangan tinggalkan Attar”, demikian luahan satu-satunya mangsa kemalangan yang terselamat, sementara empat ahli keluarganya yang lain terkorban.

Lapor Sinar Harian, kemalangan itu berlaku di Kilometer 76.5 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kampung Pahi, Kuala Krai, Kelantan pada Sabtu.

“Dah tak boleh peluk, tunggu Attar dekat syurga tau”

image is not available
Tonton video penuh di Facebook Mat Jenazah

Anak sulung, Attar Azim Syukran Jamil sambil ditemani sanak saudara memberi kucupan terakhir buat jenazah ahli keluarga.

Dengan nada sebak, Attar meminta arwah bapa, Syukran Jamil Ab Hamid menunggunya di syurga dan dia berjanji akan belajar rajin-rajin.

Attar juga berterima kasih di atas semua pengorbanan bapanya dan dia sangat menyayangi seluruh ahli keluarga.

image is not available

Jenazah Syukran Jamil Ab Hamid dan isteri, Noor Aishah Razali serta dua anak iaitu Ahya Rafiqi dan Lufya Adeena selamat dikebumikan dalam satu liang lahad sekitar jam 11 malam pada Ahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Trolak Utara dekat Sungkai, Perak.

Kredit: Sinar Harian | Facebook Mat Jenazah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.