Tunggu Giliran Nak Naik, Pelajar UUM Maut Dihimpit Bas Kampus

20 Apr 2025 • 12:13 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) maut dalam satu insiden menyayat hati selepas dihimpit bas kampus dalam kejadian yang berlaku pagi Sabtu di hadapan perhentian bas Jalan Persiaran Perdana, UUM.

image is not available

Mangsa dihimpit bas kampus meninggal dunia petang semalam

Memetik laporan dari Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim memaklumkan yang mangsa, Manarina Hasya Muhamad Karim, 22, disahkan meninggal dunia pada jam 6.30 petang ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila bas pertama sedang berhenti di perhentian untuk mengambil penumpang sebelum dilanggar dari belakang oleh bas kedua.
“Impak pelanggaran menyebabkan bas hadapan menggelongsor ke depan dan melanggar besi penghadang jalan, sebelum menghimpit mangsa yang sedang menunggu giliran untuk menaiki bas berkenaan,” katanya.

image is not available

Mangsa dihimpit bas kampus alami kecederaan serius

Mangsa yang berasal dari Johor dilaporkan mengalami kecederaan serius dan tidak dapat diselamatkan.

Tambah Mohd Radzi lagi, kedua-dua pemandu bas yang masing-masing berusia 32 dan 37 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

image is not available

Susulan daripada itu, kes terbabit telah disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat kemalangan jalan raya.

Pihak polis juga menyeru saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.

Sumber: Sinar Harian (Roshila Murni Rosli)