“Tunggu Santa Klaus Datang” – Berita Baik Buat B40 Dan M40 Menjelang Krismas

Technology
17 Dec 2022 • 11:25 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah mengumumkan ada berita baik mengenai jaringan telekomunikasi terhadap golongan B40 dan M40.

Berita baik itu dapat membantu rakyat mengurangkan impak kos sara hidup menjelang Krismas nanti.

Masalah rangkaian

image is not available

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan beliau amat prihatin dengan isu internet dan caj telefon yang merupakan antara keperluan asas rakyat.

Tunggu Santa Klaus datang. Tapi kita memang lihat isu internet dan caj telefon. Itu antara perkara yang saya prihatin. – Fahmi Fadzil

Fahmi juga menambah terdapat permintaan daripada rakyat untuk mengkaji semula beberapa perkara dari segi kos dan mutu perkhidmatan.

Saya tidak lihat isunya hanya sekadar harga, tapi isu rangkaian dan capaian itu adalah isu penting. Kajian telah dilakukan supaya kaedah segera dan secara berpatutan diambil untuk membantu sama ada dari segi harga atau mutu perkhidmatan. – Fahmi Fadzil

Selain itu, Fahmi turut mengulas bahawa kerajaan komited ke arah usaha untuk menyediakan perkhidmatan yang bukan sahaja lebih murah, malah mempunyai kualiti lebih baik.

Kredit: MalaysiaKini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media