Tunggu Saranan Kementerian Kesihatan Sebelum Buat Keputusan Ganja Perubatan - Anwar

Politics
10 Feb 2023 • 6:01 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kerajaan juga perlu meneliti pelbagai isu lain membabitkan penyelidikan tumbuhan kontroversi itu. - Gambar ihsan PMO

BANGKOK – Kerajaan masih menanti hasil penemuan dan saranan Kementerian Kesihatan sebelum membuat sebarang keputusan berhubung penyelidikan ganja perubatan yang disyorkan mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media di akhir lawatan rasmi beliau ke Thailand hari ini berkata, kerajaan juga perlu meneliti pelbagai isu lain membabitkan penyelidikan tumbuhan kontroversi itu. 

“Ketika ini, ia tidak diambil serius. Kita akan tunggu hasil dan saranan Kementerian Kesihatan. Juga, (dari aspek) keselamatan kerana ada isu (yang) memberi kesan ke atas keselamatan,” katanya.

Ogos tahun lalu, Khairy mengadakan lawatan ke Thailand bagi melihat potensi penggunaan ganja dan ketum bagi tujuan perubatan serta rangka kerja untuk tujuan itu. 

Lawatan kerja tersebut adalah atas jemputan Timbalan Perdana Menteri Thailand merangkap Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul.

Thailand ialah negara ASEAN pertama yang menghalalkan penggunaan ganja bagi tujuan perubatan. - Getaran, 10 Februari 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved