Tunjuk samseng ajak bertumbuk, lelaki lembik dihempuk tauke kedai

6 Jun 2024 • 9:57 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Tular satu video seorang lelaki dan beberapa kenalannya tunjuk samseng ajak bertumbuk dengan pemilik kedai runcit tanpa diketahui puncanya.

Menerusi video yang ditularkan pengguna X dikenali sebagai lANZAlNAL, lelaki terbabit yang datang menaiki motosikal dengan membawa helmet pada mulanya bergaduh mulut sebelum mengajak pemilik kedai bertumbuk satu lawan satu.

Baru mula dah tumbang

Tidak sempat memulakan langkah, pemilik kedai telah menyerang bertubi-tubi dengan tumbukan sehingga dia lembik dan terjatuh tanpa sempat mempertahankan diri.

Tunjuk samseng ajak bertumbuk, last2 kalah

Disebabkan sudah memaklumkan pergaduhan tersebut ‘satu lawan satu’, orang ramai yang berada di hadapan kedai tersebut cuma mampu menjadi penonton sahaja sehingga lelaki tunjuk samseng itu bangun dan membuat pukulan curi menggunakan helmet dari belakang.

Pemilik kedai telah kembali memukul lelaki terbabit sehingga terbaring di hadapan kedai sebelum ditenangkan oleh orang ramai.

image is not available

Tunjuk samseng ajak bertumbuk, sekali kena hempuk kaw2

Video tersebut telah ditonton sehingga ribuan kali di X dan rata-rata menyatakan video pergaduhan tersebut sama seperti dalam filem-filem.

Mereka juga mentertawakan tindakan samseng lelaki terbabit kerana menunjuk lagak pada awalnya mahu bergaduh sehingga memakan diri sendiri apabila teruk dipukul semula.

image is not available

 

Taukey kedai dulu fighter mungkin

image is not available

 

Yang rakam jalankan tugas dengan baik

image is not available

Macam dalam filem

image is not available

Walau bagaimanapun, kejadian tersebut tidak diketahui bila ia berlaku dan berpunca daripada apa kerana tiada sebarang keterangan dijelaskan.

Belum ada penjelasan daripada mana-mana pihak berhubung situasi yang berlaku.

Sumber: X lANZAlNAL