Tunjuk Senjata Tajam, Lelaki Bersilat Di Plaza Tol Diburu Polis

LocalPolitics
1 Jun 2025 • 3:25 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Tunjuk Senjata Tajam, Lelaki Bersilat Di Plaza Tol Diburu Polis

Aksi luar biasa seorang lelaki berkain pelikat yang bertindak bersilat sambil tunjuk senjata tajam di Plaza Tol Bukit Tambun arah Selatan kini dalam buruan pihak polis.

Lelaki berkain pelikat tunjuk senjata tajam

Memetik laporan dari Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Jay January Siowou menyatakan pihaknya telah menerima dua laporan berkaitan video tular insiden yang berlaku sekitar jam 5.15 petang itu.

“Video kejadian yang dirakam melalui kamera papan pemuka (dashcam) tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai.
“Usaha mengesan suspek sedang dijalankan secara aktif oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan,” katanya.

image is not available

Tunjuk senjata tajam & bertengkar selepas berlaku perlanggaran

Difahamkan, kejadian berpunca daripada pelanggaran antara dua buah kereta di lorong RFID sebelum berlaku pertengkaran, kerosakan harta benda, dakwaan serangan fizikal serta ugutan jenayah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugut jenayah,” jelas beliau lagi.

image is not available

Sorang bersilat, sorang pasang kuda-kuda

Menerusi video berdurasi 28 saat itu, dapat dilihat seorang lelaki yang memandu Perodua Bezza bertindak mengeluarkan senjata dan menunjukkan gerakan silat, manakala pemandu Honda yang terlibat turut dilihat membalas dengan tumbukan.

Insiden ini bukan sahaja mengundang kecaman, malah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna jalan raya yang tidak menjangka pertikaian di plaza tol boleh bertukar ganas.

Sumber: Buletin TV3