Tunku Azizah Lakar Sejarah Sampaikan Syarahan Di Universiti Oxford

13 Nov 2025 • 11:38 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tunku Azizah Lakar Sejarah Sampaikan Syarahan Di Universiti Oxford

KUANTAN, 13 Nov (Bernama) — Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melakar sejarah buat pertama kalinya menyampaikan syarahan di Universiti Oxford, United Kingdom hari ini.

Kesultanan Pahang menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan baginda membentangkan syarahan bertajuk “Pahang: Warisan Perlembagaan dan Maritim Melayu-Islam Yang Dilupakan”.

“Baginda berbicara secara jelas dan terperinci sebagai suara sebuah kerajaan yang menuntut semula Hukum Kanun Pahang sebagai Perlembagaan Melayu-Islam tertua bagi sebuah tamadun berdaulat,” menurut hantaran itu.

Syarahan baginda turut berkisar mengenai Pahang sebagai sebuah kekuatan ketamadunan, berilmu, dan berperundangan, bukan tinggalan nostalgia tetapi nadi bertulis dunia Melayu-Islam yang berdaulat, satu penakrifan semula ilmiah terhadap sejarah perlembagaan dunia.

Sumber: BERNAMA

The post Tunku Azizah Lakar Sejarah Sampaikan Syarahan Di Universiti Oxford appeared first on Siakap Keli.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved