Tunku Azizah lakar sejarah sampaikan syarahan di Universiti Oxford

13 Nov 2025 • 9:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melakar sejarah buat pertama kalinya berkenan menyampaikan syarahan di Universiti Oxford, United Kingdom. Foto Facebook Kesultanan Pahang

KUANTAN - Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melakar sejarah buat pertama kalinya berkenan menyampaikan syarahan di Universiti Oxford, United Kingdom pada Khamis.

Kesultanan Pahang menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan baginda membentangkan syarahan bertajuk 'Pahang: Warisan Perlembagaan dan Maritim Melayu-Islam Yang Dilupakan'. 

"Baginda berbicara secara jelas dan terperinci sebagai suara sebuah kerajaan yang menuntut semula Hukum Kanun Pahang sebagai Perlembagaan Melayu-Islam tertua bagi sebuah tamadun berdaulat,” menurut hantaran itu. 

Syarahan baginda turut berkisar mengenai Pahang sebagai sebuah kekuatan ketamadunan, berilmu dan berperundangan, bukan tinggalan nostalgia tetapi nadi bertulis dunia Melayu-Islam yang berdaulat, satu penakrifan semula ilmiah terhadap sejarah perlembagaan dunia. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved