Tunku Ismail Bimbang Masalah Trafik Bila RTS Link Beroperasi

LocalPolitics
12 Nov 2025 • 10:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tunku Ismail Bimbang Masalah Trafik Bila RTS Link Beroperasi

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menyatakan kebimbangan mengenai kesesakan lalu lintas yang bakal timbul apabila Projek Rapid Transit System (RTS) Link antara Johor Bahru dan Singapura mula beroperasi.

Menerusi kenyataan di Facebook, Tunku berkata sehingga kini tiada penyelesaian menyeluruh disediakan bagi menampung peningkatan jumlah trafik termasuk pelaksanaan sistem ART bertingkat (elevated ART) atau alternatif pengangkutan lain di kawasan sekitar Bukit Chagar.

“Kerajaan Persekutuan memaklumkan bahawa tiada peruntukan mencukupi untuk menampung kos penyelenggaraan sekiranya penyelesaian bertingkat sepenuhnya dilaksanakan.

“Namun begitu, Pulau Pinang mampu memperoleh projek LRT yang jauh lebih mahal berbanding sistem ART,” katanya.

BACA JUGA: Segerakan Pengisian Jawatan Hospital Di Johor – Tunku Mahkota Ismail

Sementara itu, Tunku juga memantau secara rapat mengenai perkembangan beberapa projek kesihatan utama di negeri Johor termasuk Hospital Pasir Gudang yang telah lewat siap, isu-isu di Hospital Sultanah Aminah (HSA) serta kelewatan projek Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA2).

“Saya berharap agar masalah-masalah ini dapat diselesaikan dengan segera dan Johor tidak lagi seolah-olah diketepikan,” katanya.

Sumber: HRH Crown Prince of Johor

The post Tunku Ismail Bimbang Masalah Trafik Bila RTS Link Beroperasi appeared first on Siakap Keli.