Tunku Ismail Kongsi Kriteria Sebagai CEO Baharu Harimau Malaya

LocalFootball
27 Dec 2024 • 3:44 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyenaraikan ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu bagi skuad kebangsaan Harimau Malaya untuk mengangkat tahap bola sepak negara lebih tinggi.

Menerusi satu perkongsian di laman X, baginda menegaskan CEO tersebut mestilah individu memahami bola sepak dan mengetahui selok-belok sukan ini secara profesional supaya dapat menghubungkan aspek teknikal, komersial, dan hubungan interpersonal.

“Beliau juga perlu mempunyai rangkaian yang kukuh dalam industri bola sepak dengan hubungan erat bersama individu-individu yang berjaya dalam sukan ini bagi merangka hala tuju Harimau Malaya,” tulisnya hari ini.

Kriteria CEO Baharu Harimau Malaya

image is not available

Foto: X @HRHJohorII

Pada masa sama, Tunku Ismail turut menekankan bahawa CEO baharu bukan sahaja seorang bekas pemain tetapi berupaya memberi panduan terbaik kepada liga.

“Beliau mestilah seorang yang bukan sahaja pernah bermain di peringkat tertinggi, tetapi juga seorang usahawan yang mampu memacu kepentingan komersial Harimau Malaya.

“Selain itu, beliau juga perlu berupaya memberi nasihat kepada liga berkenaan dasar dasar yang boleh secara langsung dan tidak langsung meningkatkan kedudukan pasukan kebangsaan kerana liga yang kuat dengan lebih banyak pasukan yang diuruskan dengan baik akan meningkatkan standard bola sepak Malaysia,” ujarnya.

image is not available

Foto: X @HRHJohorII

Justeru itu, baginda menyatakan bahawa proses untuk melantik CEO baharu Harimau Malaya sudah hampir selesai.

Terdahulu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan pelantikan pengendali baharu Harimau Malaya, Peter Cklamovski dari Australia.

image is not available

Foto: Facebook FAMalaysiaOfficial

Beliau juga dilantik bersama dengan Ketua Jurulatih Malaysia B-23 baharu, iaitu Nafuzi Zain sekaligus merancakkan lagi revolusi Harimau Malaya.

Sumber: X @HRHJohorII