Tunku Mahkota Ismail bangga Johor muncul kuasa besar baharu dalam ekonomi negara

LocalBusiness & Finance
16 May 2025 • 3:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail hari ini menzahirkan rasa bangga apabila Johor muncul sebagai kuasa besar baharu dalam ekonomi negara.

Baginda bertitah kejayaan itu didorong dengan pelaksanaan beberapa inisiatif utama seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), yang berjaya menarik pelaburan berjumlah RM27 bilion bagi suku pertama tahun ini.

“Saya ingin menzahirkan rasa gembira melihat pencapaian ini dan rasa bangga apabila Johor kini dikatakan sebuah negeri yang muncul sebagai kuasa besar baharu dalam ekonomi Malaysia.

Kuasa besar baharu

image is not available

“Saya percaya dengan trend pertumbuhan ekonomi Johor ketika ini, rakyat akan dapat menikmati kehidupan yang lebih baik pada masa depan,” titah baginda.

Tunku Ismail bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Ke-15 di sini hari ini.

Kuasa besar baharu

image is not available

Baginda bertitah pada tahun lepas, hasil negeri ini merekodkan nilai positif iaitu RM2.1 bilion dan prestasi itu diteruskan pada suku pertama tahun ini apabila Johor berjaya mencatatkan pertumbuhan hasil negeri sebanyak RM598 juta, iaitu 29.84 peratus lebih tinggi berbanding anggaran ditetapkan kerajaan negeri.

“Pada April 2025 pula menerusi sokongan dan kerjasama yang padu antara kerajaan negeri dengan semua pihak, terdapat projek-projek baharu bernilai RM23 bilion yang sedang dalam perancangan,” titah baginda.

Sumber: Bernama