Tunku Mahkota Ismail sahkan Cahill bukan CEO Harimau Malaya

LocalPolitics
27 Dec 2024 • 10:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tunku Mahkota Ismail menjelaskan bekas pemain tengah Everton itu bukan CEO Harimau Malaya, sebaliknya Cahill akan berkhidmat sebagai penasihat peribadinya untuk sukan dan perhubungan antarabangsa. Foto Instagram HRH Crown Prince of Johor

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail akhirnya menamatkan spekulasi yang mengaitkan legenda bola sepak Australia, Tim Cahill sebagai sebahagian daripada revolusi pasukan kebangsaan.

Dalam catatan Instagram Story malam ini, Tunku Mahkota Ismail menjelaskan bekas pemain tengah Everton itu bukan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya.

Sebaliknya, Cahill akan berkhidmat sebagai penasihat peribadinya untuk sukan dan perhubungan antarabangsa.

"Lelaki ini @tim_cahill bukan CEO skuad kebangsaan Malaysia. Dia penasihat peribadi saya untuk sukan dan perhubungan antarabangsa,” katanya dalam catatan yang memaparkan gambarnya bersama Cahill.

Sebelum ini, ramai yang membuat spekulasi bahawa Cahill akan terlibat dalam usaha merevolusikan skuad Harimau Malaya melalui unit khas, yang antara lain bertujuan khusus untuk memantau prestasi dan pengurusan pasukan bola sepak kebangsaan.

Spekulasi itu tercetus apabila gambar Cahill bersama Tunku Mahkota Ismail, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan CEO JDT, Alistair Edwards dimuat naik di laman Facebook Tunku Mahkota Ismail pada Ogos lepas.

Awal hari ini, Tunku Mahkota Ismail yang merupakan bekas Presiden FAM dan terkenal dengan pengaruhnya dalam arena bola sepak tempatan, mengesahkan bahawa pemilihan calon CEO pasukan kebangsaan hampir selesai. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved