Tunku Mahkota Johor terima menghadap Anwar

LocalPolitics
11 Jan 2024 • 8:34 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini berkenan menerima menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, sempena lawatan Perdana Menteri itu ke negeri itu.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Tunku Ismail dengan beberapa gambar pertemuan tersebut, turut dikongsi di platform media sosial itu.

Terdahulu pagi tadi, Perdana Menteri telah bertemu rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di tapak projek Rapid Transit System Link (RTS Link), sebagai simbolik komitmen kedua-dua negara terhadap projek berkenaan yang kini sudah mencapai 68 peratus.

Selain RTS, Anwar dan Lee turut menyaksikan majlis menandatangani pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Menteri Perdagangan dan Industri Singapura Gan Kim Yong, di sebuah hotel, di sini.

Anwar turut menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri bersama warga Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di pelabuhan tersebut di Iskandar Puteri. -Bernama