Tuntutan Afrika Selatan terhadap Israel: ICJ buat keputusan esok

25 Jan 2024 • 9:30 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

PETALING JAYA - Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan membuat keputusan esok mengenai tuntutan dikemukakan Afrika Selatan supaya rejim Zionis menghentikan kempen ketenteraannya di Semenanjung Gaza.

Menurut kenyataan ICJ, Afrika Selatan telah memfailkan dokumen setebal 84 muka surat kepada mahkamah dunia itu dengan memperincikan tindakan Zionis terhadap pembunuhan beramai-ramai (genosid) di Gaza.

ICJ bakal bersidang pada jam 1 petang esok di Istana Keamanan, The Hague, Belanda dengan Presidennya, Hakim Joan E. Donoghue akan membacakan perintah mahkamah mengenai tuntutan Afrika Selatan itu.


Pada 29 Disember lalu, Afrika Selatan memfailkan tuntutan untuk memulakan prosiding terhadap Israel berhubung dakwaan melakukan pencabulan di bawah Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid.

Dalam tuntutannya, Afrika Selatan meminta ICJ mengeluarkan arahan sementara kepada Israel supaya menghentikan serangannya di Gaza.

Pendengaran awam mengenai tuntutan itu telah diadakan pada 11 dan 12 Januari lalu. - 25 Januari, 2024