Tuntutan baucar SMUE, SMIS 2026 bermula hari ini

Local
1 Apr 2026 • 11:11 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Tuntutan baucar SMUE, SMIS 2026 bermula hari ini

SHAH ALAM, 1 APR: Tuntutan baucar Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) bagi tahun 2026 bermula hari ini bagi ahli kelahiran April hingga Jun.

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) memaklumkan tuntutan itu hanya melibatkan ahli sedia ada dan boleh dibuat di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) mengikut kawasan tempat mengundi masing-masing.

Pengambilan baucar dijadualkan dari jam 10.30 pagi hingga 4.30 petang, dengan ahli perlu hadir dengan membawa kad pengenalan asal bagi tujuan pengesahan.

Sementara itu, pendaftaran baharu bagi skim berkenaan masih belum dibuka setakat ini.

Maklumat lanjut berkaitan Skim Mesra dan tuntutan baucar boleh diperoleh melalui laman sesawang mesra.yawas.com.my atau menghubungi YAWAS di talian 03-5481 8800.

Menerusi Belanjawan Selangor 2026, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM55 juta bagi pelaksanaan skim mesra yang memberi manfaat kepada individu berusia 60 tahun ke atas serta orang kurang upaya (OKU).

View Original Article