Tuntutan palsu: Enam penjawat awam direman

27 Jun 2024 • 12:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Enam penjawat awam dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis.

MELAKA - Enam penjawat awam wanita di sebuah jabatan kerajaan ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu membabitkan jumlah RM13,586.

Perintah reman bermula Khamis hingga Ahad ini terhadap suspek berusia 40 hingga 57 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret, Nabilah Nizam.

Difahamkan, kesemua mereka ditahan ketika hadir ke pejabat SPRM Melaka antara jam 2 hingga 4 petang pada Rabu.

Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie berkata, semua suspek itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengemukakan dokumen mempunyai butiran matan palsu.

"Tuntutan itu (didakwa) bagi tujuan bayaran pekerja Personel MySTEP sedangkan ia tidak wujud mahupun bekerja di jabatan kerajaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali ganda daripada nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved