Tuntutan palsu RM27 juta: Seorang lagi individu ditahan

23 Sep 2022 • 9:58 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PUTRAJAYA: Seorang lagi individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM27 juta, menjadikan jumlah individu yang ditahan setakat ini seramai lapan orang.

Menurut sumber, lelaki berusia 46 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini kira-kira 11 malam semalam (Khamis) ketika hadir memberi keterangan.

Sumber berkata lelaki itu kini direman selama tiga hari hingga Isnin ini selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan reman SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Tan Kang Sai mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Pada Rabu, lima individu ditahan reman selama tiga hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah agensi kerajaan bagi program latihan berkaitan teknologi digital sedangkan latihan berkenaan tidak dilaksanakan.

Dua lagi individu iaitu bekas pengurus kanan sebuah agensi kerajaan dan pemilik syarikat berkaitan digital pula ditahan reman selama dua hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes itu.

Kes tersebut dipercayai melibatkan dua buah syarikat yang telah dibayar tuntutan masing-masing berjumlah lebih RM19 juta dan lebih RM7 juta bagi menjalankan program latihan dari tahun 2016 hingga 2020.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved