Tuntutan palsu RM7 juta, pengarah urusan bergelar Datuk ditahan SPRM

13 Sep 2022 • 3:53 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 13 SEPT: Seorang pengarah urusan sebuah syarikat bergelar Datuk ditahan selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM7 juta bagi projek pembinaan sebuah bangunan dengan kos keseluruhan berjumlah lebih RM100 juta di Terengganu.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), permohonan reman terhadap lelaki berusia 54 tahun itu telah dibuat di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan lelaki terbabit direman tiga hari bermula hari ini sehingga Khamis (15 Sept).

“Suspek dipercayai mengemukakan tuntutan sejak 2020 hingga Mei tahun ini dan ditahan di pejabatnya di Shah Alam, semalam,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

— BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved