“Tup-Tup Keluar Buku” – Dai Syed & Hana Ismail Bakal Terbitkan Novel ‘7 Hari Istikarahku’

22 Dec 2022 • 1:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti yang ramai tahu, pasangan selebriti iaitu Dai Syed dan Hana Ismail kini menjadi tumpuan orang ramai apabila sering berkongsi kemanisan rumah tangga mereka selepas bergelar suami isteri.

Baru-baru ini, pasangan tersebut telah mengumumkan bahawa mereka akan menerbitkan sebuah novel berjudul ‘7 Hari Istikharahku’ yang mengisahkan tentang perjalanan suka duka kehidupan mereka berdua.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Syed atau nama penuhnya Syed Shah Iqmal bin Syed Mohd Shaiful Jamalullail turut memohon orang ramai untuk mendoakan urusan penerbitan buku itu dipermudahkan.

Kami sedang siapkan novel ‘7 Hari Istikarahku’. Doakan.

Dalam pada itu, Hana atau nama sebenarnya Nurulhana Ismail dilihat tidak dapat menahan sebak ketika membuat perkongsian tersebut sambil dipeluk erat oleh suaminya.

Semua luahan perasaan ini kami nukilkan dalam novel.

@nxxrxxl_syuu99

Dulu ramai yang kecam dai syed,sekarang Alhamdulillah Allah bagi die seribu kebahagiaan bersama isteri die,walaupun die kenal x lama dengan isteri die??semoga bahgia hingga ke jannah,Aamiin#fyp? #fyp??viral #daisyed #hanaalmauzah #istikharahku

? bunyi asal – Syuhadahaurashop – Syuhadahaurashop

Malah, pengumuman terbitan novel ‘7 Hari Istikarahku‘ itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Meninjau di ruangan komen, peminat telah meluahkan rasa sebak apabila melihat Syed yang dulunya sering dikecam kini dikurniakan seorang isteri yang sangat penyanyang seperti Hana.

image is not available

Namun, ada juga segelintir pihak yang tidak menerima baik tentang berita penerbitan novel mereka kerana menganggap pasangan selebriti itu terlalu berlebihan dalam berkongsi kebahagiaan rumah tangga mereka.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

"Terpaling Kahwin" - Ramai Dah Rasa Meluat, Netizen 'Suggest' Da’i Syed Kurangkan Video Mesra Dengan Isteri Di IG