Turath perlu diperkasa hadapi perkembangan zaman, AI

LocalTechnology
19 Sep 2026 • 11:03 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Turath perlu diperkasa hadapi perkembangan zaman, AI

KUALA LUMPUR, 19 SEPT: Tradisi turath perlu terus diperkasakan supaya kekal relevan dan menjadi pedoman kepada generasi masa kini serta akan datang, dalam mendepani perubahan dunia termasuk perkembangan kecerdasan buatan (AI).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata turath bukan sekadar warisan ilmu, sebaliknya merupakan akar yang membentuk akidah, pemikiran dan jati diri umat.

“Dalam dunia yang berubah pantas, termasuk perkembangan AI, tradisi turath perlu terus diperkasakan agar kekal relevan dan menjadi pedoman generasi masa kini serta masa hadapan.

“Inilah amanah kita untuk memastikan khazanah ilmu ini terus hidup, berkembang dan menyumbang kepada kekuatan umat,” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau turut memuat naik video berdurasi seminit yang memaparkan suasana Majlis Perasmian Muzakarah Ulama Turath Kebangsaan bersempena dengan Festival Turath Islami Malaysia 2026 di Putrajaya hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved