Turkiye, Austria pamerkan kelengkapan pertahanan terkini pada DSA 2026

LocalWorld
16 Apr 2026 • 9:48 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Turkiye, Austria pamerkan kelengkapan pertahanan terkini pada DSA 2026 Image from: Turkiye, Austria pamerkan kelengkapan pertahanan terkini pada DSA 2026 zakisalleh16/04/2026 - 09:48 Syarikat FNSS antara yang mengintai peluang untuk mendapatkan kontrak baharu daripada ATM. Oleh Zaki Salleh editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 17 April  – Penyertaan industri pertahanan Turkiye dan Austria dijangka menyerlah pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2026 (DSA 2026) yang berlangsung Isnin depan dengan membawa kelengkapan terkini.

 

Turkiye bakal tampil sebagai pempamer terbesar dengan penyertaan 84 buah syarikat industri pertahanannya.

 

Penyertaan berskala besar itu sekali gus mengukuhkan kedudukan DSA sebagai antara pameran pertahanan utama di rantau Asia.

 

Negara berkenaan melihat penyertaan dalam acara dwitahunan itu sebagai platform penting untuk memperkukuh kerjasama strategik dengan Malaysia.

 

Kenderaan
Firma Otokar mempertaruhkan pelbagai jenis kenderaan perisai.

 

Kenderaan

 

Selain itu, Turkiye turut mengiktiraf DSA serta Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) sebagai pameran utama industri pertahanan di rantau ini.

 

DSA 2026 juga dianggap peluang terbaik bagi industri pertahanan Turkiye menembusi pasaran Asia Tenggara dengan lebih meluas.

 

Turkiye sejak 28 tahun lalu dilihat konsisten hadir pada kedua-dua pameran pertahanan di Malaysia dan secara perlahan-lahan menembusi pasaran di sini.

 

Ketika ini syarikat pertahanan Turkiye menjadi antara pemain utama apabila diberi kontrak ATM untuk membekalkan kenderaan perisai, dron, sistem persenjataan dan kapal perang.

 

 

Meriam

 

Meriam

 

Kenderaan

 

 

Menerusi DSA juga, beberapa firma Türkiye sedang mengintai peluang untuk mendapatkan kontrak baharu seperti meriam 105mm, kenderaan pengangkut anggota, sistem persenjataan, kelengkapan elektronik dan peluru.

 

Sementara itu, Austria turut mengesahkan penyertaan melalui Pavilion Austria yang kembali dengan kehadiran lebih besar.

 

Sebanyak 11 syarikat Austria dari sektor pertahanan dan keselamatan akan mengambil bahagian dalam pavilion tersebut.

 

Penyertaan itu disokong oleh Austrian Defence & Security Industry dalam mempromosikan teknologi dan penyelesaian terkini negara berkenaan.

 

Antara syarikat terlibat termasuk Diamond Aircraft Industries dan Frequentis AG yang terkenal di peringkat global.

 

Meriam
Pelbagai senjata api buatan Steyr.

 

Pesawat

 

Turut hadir adalah firma persenjataan terkenal Austria iaitu Glock Gesellschaft m.b.H. (Glock) dan STEYR ARMS GmbHS.

 

Glock dan Steyr juga merupakan pembekal senjata api kepada ATM, PDRM dan agensi keselamatan lain dalam negara.

 

DSA 2026 yang memasuki edisi ke-19 akan berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre di sini dari 20 hingga 23 April.

 

Kenderaan

 

Pameran itu turut diadakan bersama NATSEC Asia yang memberi fokus kepada aspek keselamatan awam dan penguatkuasaan.

 

Difahamkan lebih 30 negara telah mengesahkan penyertaan, menjadikan DSA 2026 sebagai platform penting mempamerkan teknologi pertahanan dan peperangan elektronik terkini dunia. - DagangNews.com

Terkini standard
View Original Article