Turkiye giat perangi golongan songsang

WorldPolitics
17 Sep 2026 • 11:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Turkiye giat perangi golongan songsang

ANKARA: Pihak berkuasa Turkiye melancarkan tindakan keras terhadap komuniti lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBTQ), dengan ratusan wartawan, aktivis, organisasi berkaitan HIV dan orang awam ditahan.

Mereka yang ditahan berdepan tuduhan melakukan perbuatan lucah, bersubahat dalam kegiatan pelacuran dan mempunyai hubungan kewangan dengan pihak luar negara, manakala kerajaan serta penyokongnya terus mengetengahkan naratif mempertahankan nilai kekeluargaan.

Menteri Kehakiman Turkiye, Akin Gurlek, berkata prosiding undang-undang dimulakan terhadap lebih 160 individu dan organisasi di seluruh negara.

Tindakan penangkapan itu tertumpu di lima wilayah, namun melibatkan keseluruhan 15 wilayah. Antara sasaran utama adalah Kaos GL, organisasi LGBTQ paling berpengaruh di Turkiye.

Pejabat pendakwa raya Ankara berkata, seramai 21 individu ditahan sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap organisasi itu.

Bercakap kepada Middle East Eye di Mahkamah Istanbul, Ketua Pengarang Kaos GL, Yildiz Tar, berkata beliau tidak pernah melihat tindakan keras terhadap komuniti LGBTQ+ dilakukan pada skala sebesar itu.

Beliau berkata, kira-kira separuh daripada mereka yang ditahan terdiri daripada wartawan dan aktivis, manakala selebihnya adalah orang awam yang ditahan dalam serbuan di bar dan kafe golongan gay atau dari kediaman mereka.

“Ini adalah tahap penindasan baharu terhadap aktivisme dan kewujudan LGBTQ+, dan kerajaan cuba membuat orang percaya golongan LGBTQ+ mahu memusnahkan institusi keluarga,” katanya.

Homoseksual tidak menyalahi undang-undang di Turkiye, namun penerimaan masyarakat terhadap golongan itu berbeza. 

Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang memerintah negara berkenaan bagaimanapun semakin menyasarkan komuniti LGBTQ+ sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

 

The post Turkiye giat perangi golongan songsang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved