Turkiye kecam serangan di Masjid Al-Aqsa

6 Apr 2023 • 10:54 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

ANKARA: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Rabu mengutuk sekeras-kerasnya serbuan zalim israel ke atas Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang dicerobohi.

Saya ingin menyatakan kesedihan dan kemarahan!”

“Turkiye tidak boleh berdiam diri dalam menghadapi serangan. Mendekati Masjid Al-Aqsa dan menginjak-injak kesucian Haram al-Sharif adalah garis merah kami,” kata Erdogan selepas majlis berbuka puasa bersama para pesara di ibu kota Ankara.

image is not available

Kenyataannya dibuat selepas ketegangan semakin memuncak apabila polis israel menahan kira-kira 350 jemaah dari dalam kompleks Masjid Al-Aqsa.

Polis israel menggunakan bom bunyi terhadap jemaah di dalam Dewan Solat Al-Qibli sebelum mengelilinginya, memecahkan tingkap dan naik ke bumbung masjid. Beberapa orang di masjid cuba mempertahankan diri dengan membaling bunga api.

image is not available

“Saya mengecam tindakan keji terhadap kiblat pertama umat Islam dan menyeru agar serangan dihentikan secepat mungkin,” gesa Erdogan.

Mengatakan bahawa israel mengikuti ‘politik penindasan’, Erdogan menambah bahawa rakyat Palestin tidak bersendirian.

image is not available