Turkiye kutuk tindakan cemar Al-Quran di Denmark

26 Mar 2023 • 1:28 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

MOSCOW: Kementerian Luar Turkiye pada Sabtu mengecam ‘serangan KEJI’ sekumpulan orang pada Jumaat yang mencemarkan kitab suci Al-Quran dan bendera Turkiye di Denmark.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan keji yang menyasarkan kitab suci Al-Quran dan bendera kegemilangan kami di Denmark pada tengah hari 24 Mac,” menurut kenyataan kementerian itu, lapor Sputnik.

Insiden itu yang dilakukan semasa bulan suci Ramadan, sekali lagi mendedahkan bahawa Islamofobia, diskriminasi dan xenofobia telah berada pada tahap yang membimbangkan di Eropah.

image is not available

Jabatan luar negara Turkiye turut memaklumkan pihak berkuasa Denmark bahawa Ankara menganggap tindakan sedemikian sama sekali tidak boleh diterima dan menggesa tindakan segera perlu diambil terhadap pelaku bagi mencegah provokasi seperti itu.

Januari lepas, Rasmus Paludan, pemimpin parti politik Denmark Stram Kurs, membakar naskhah Al-Quran di Sweden dan Denmark sebagai protes terhadap kepimpinan Turkiye.

Sebagai tindak balas, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata Ankara tidak akan menyokong bidaan Stockholm untuk menjadi ahli NATO.