Turuti Jejak Selangor Dan Negeri Sembilan, Pulau Pinang Isytihar Cuti Khas 18 November

LocalPolitics
10 Nov 2022 • 12:34 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Chow Kon Yeow - Gambar oleh Abd Razak Latif

KUALA LUMPUR – Pulau Pinang menjadi negeri ketiga mengisytiharkan cuti khas pada 18 November selepas Selangor dan Negeri Sembilan sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, cuti khas itu membolehkan rakyat yang menetap di luar negeri berkenaan mengatur pergerakan dan perjalanan masing-masing untuk pulang mengundi.

Menurut beliau, cuti khas itu juga dilihat sebagai galakan untuk rakyat Pulau Pinang menunaikan tanggungjawab mereka dalam memilih pemimpin dikehendaki.

“Sempena PRU-15, 19 November nanti, kerajaan negeri bersetuju memberi cuti khas pada Jumaat, 18 November sebagai galakan untuk rakyat Pulau Pinang menunaikan tanggungjawab masing-masing,” katanya hari ini.

Terdahulu, Negeri Sembilan mengambil langkah sama dan mengumumkan pemberian cuti khas bagi memudahkan rakyat negeri berkenaan menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Langkah terbabit terlebih dahulu diambil kerajaan Selangor beberapa jam lebih awal semalam, menerusi pengumuman dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

PRU-15 akan diadakan 19 November nanti, dengan 15 November ditetapkan sebagai tarikh mengundi awal. – Getaran, 10 November  2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved