“Tutup Aurat, Bukan Peluk Sana Sini Kalau Sayang!” – Ziarah Kubur Suami, BCL Kena Tegur Hal Lain Pula

Entertainment
10 Nov 2022 • 11:34 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pada Februari, 2020 satu tarikh yang amat perit buat penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari serta keluarga apabila suaminya iaitu Ashraf Sinclair menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Terbaharu, Bunga atau juga dikenali sebagai BCL memuat naik satu video di laman Instagram dirinya menziarahi kubur Allahyarham sempena menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

Ramai rakan selebriti serta peminat turut meninggalkan doa mereka buat Allahyarham dan berharap agar penyanyi lagu Ingkar itu untuk kekal kuat harungi ujian di dalam dunia bersama anak lelaki.

Biarpun begitu, ramai juga yang menasihati BCL untuk menutup aurat dengan sempurna serta menjaga batas pergaulan jika benar dia menyayangi arwah suaminya.

image is not available

Malah, ada juga yang memerli pemakaian penyanyi berasal dari Indonesia itu bahawa dia hanya menutup aurat apabila menziarahi kubur arwah suami, tetapi apabila kembali ke dunia nyata, pakaian yang dipakai langsung tidak menutup aurat.

Sekadar info, BCL mendirikan rumah tangga bersama Ashraf Sinclair pada tahun 2008 dan pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Noah Aidan Sinclair, 12 tahun.

image is not available 4 hari lalu

(VIDEO) Tular Rakaman Ketika Buat 'Sound Check', Netizen Dakwa BCL Mengandungkan Anak Ariel Noah?