“Tutup aurat dengan sempurna” -Ibu jadi model, Fattah Amin jual tudung bidang 50

EntertainmentWomen's Fashion
2 Feb 2025 • 12:28 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Aktor terkenal, Fattah Amin jual tudung bidang 50 dengan ibunya sendiri menjadi model dan menggunakan tagline “Yang penting tutup aurat dengan sempurna”.

Menerusi siaran langsung yang dibuat Fattah Amin di TikTok, dia bersama ibu serta adik-adik perempuannya telah mempromosikan tudung yang dijual mereka.

Fattah Amin jual tudung bidang 50

Difahamkan, mereka telah mengeluarkan tudung bidang 50 dengan menggunakan nama ibu mereka, Azizah Abdul Ghani sebagai jenama tudung berkenaan.

Fattah Amin dalam siaran langsung tersebut juga menyatakan Tudung Azizah ini mempunyai tujuh corak berbeza dan memilih menjual tudung berkenaan kerana ibu serta kedua adik beradiknya menggunakan tudung labuh.

“Mereka semua pakai tudung labuh.

“Kita tak jual bidang pendek, kita jual bidang 50. Doakan InsyaAllah kita akan buat bidang 55 ke 60,” ujarnya.

Fattah Amin jual tudung, ibu dan adik2 1st time buat live

Selebriti itu turut menyatakan tagline untuk tudung keluaran mereka iaitu Yang Penting Tutup Aurat Dengan Sempurna” serta mengakui bahawa ibu dan adik-adiknya agak pemalu untuk bercakap memandangkan kali pertama bersiaran langsung.

Namun, walaupun mereka dilihat malu-malu sewaktu mempromosikan tudung, produk mereka sekejap sahaja sudah habis terjual.

“Biasalah mereka first time live. Hari ni saya bawa satu keluarga live, ibu saya dengan adik-adik saya,” jelasnya.

Sopan-sopan betul keluarga dia

Siaran langsung aktor berkenaan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen di media sosial apabila rata-rata menyatakan bahawa keluarga Fattah Amin sangat bersopan santun.

Masing-masing terlihat bercakap dengan lembut dan malu-malu berhadapan dengan kamera termasuklah Fattah Amin sendiri.

 

image is not available

Setuju jual tudung labuh patuh syariah

image is not available

Kelakar la, diam pun boleh sold out tau

image is not available

Semua malu-malu kucing

image is not available

Semoga perniagaan mereka terus berkembang dan mendapat sambutan dari orang ramai lebih-lebih lagi golongan wanita yang mementingkan pemakaian tudung yang labuh.

Sumber: TikTok cikwawa, cik.dotty