“Tutup Aurat Dulu” – Respon Diterima Diana Danielle Selepas Berkongsi Mengenai Solat

LocalEntertainment
19 Nov 2024 • 10:44 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
diana danielle

Selebriti popular, Diana Danielle di aplikasi Threads meluahkan rasa kesal dengan respon yang diterimanya selepas berkongsi bahawa solat adalah sumber kekuatan hidupnya.

Menurut pelakon jelita ini, tiada sesiapa yang berhak memandang rendah kepada individu yang sedang berusaha untuk memperbaiki diri ke arah kebaikan.

“Kenapa perlu pelik bila orang tak bertudung bagitahu mereka solat?” – Diana

image is not available

Diana juga mempersoalkan mengapa perlu pelik apabila orang yang tidak bertudung memberitahu dirinya solat lima waktu.

Pelakon ini berpendapat, solat adalah tanda kesedaran untuk berubah menjadi lebih baik.

Berdosa atau tidak, lebih baik kita teruskan amalan rohani sebab mendekatkan diri dengan Allah tak pernah akan jadi perkara yang sia-sia.

Diana juga menegaskan bahawa setiap individu sedang berjuang untuk mengatasi ‘nafsu’ mereka sendiri, jadi tidak perlulah menghukum.

“Tutup aurat dulu”

image is not available

Menurut aktres ini lagi, sejak berkongsi mengenai solat, respon pertama yang diterimanya adalah meminta dirinya menutup aurat terlebih dahulu.

Hal tersebut membuatkan Diana berfikir, “Adakah jika saya belum sempurna, saya tak layak untuk solat? Jangan kaitkan kesempurnaan dengan amalan.”

Melihat kepada ruangan komen, ramai netizen memberi nasihat kepada Diana agar tidak terlalu mengambil peduli komen negatif tersebut dan teruskan perjuangan rohani dengan keyakinan diri.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Threads Diana Danielle