TV 65″ bawah RM5,000 adalah salah satu penawaran Toshiba bersempena dengan Piala Dunia Qatar 2022, ini senarai selebihnya

Digital
4 Oct 2022 • 11:04 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Toshiba ialah penaja TV rasmi untuk Piala Dunia Qatar 2022 dan bersempena dengan termeterainya kerjasama itu, jenama TV itu mengadakan jualan besar-besaran untuk barisan TV mereka menjelang sepak mula Qatar 2022 yang akan berlangsung pada 21 November 2022.

image is not available

Sekiranya anda sedang cari sebuah TV untuk jadi penghias ruang tamu sepanjang Qatar 2022 nanti, ada macam-macam pilihan yang anda ada daripada 75" hinggalah 32" pada potongan harga. Berikut adalah senarai penawaran Toshiba bersempena Qatar 2022.

image is not available

Dalam barisan penawaran ini, TV paling berkuasa tinggi adalah daripada model Toshiba TV Z770. Di bahagian terasnya, ia diperkasa Regza Engine 4K Pro untuk memproses imejnya. Panel paparannya adalah sebesar 65" pada resolusi 4K. Lebih menarik, ia menyokong kadar segar semula 120Hz. Namun, tidak diketahui sama ada secara natif ataupun secara upscale.

TV Toshiba dengan Android TV paling murah dalam penawaran ini ialah Toshiba TV V35 pada harga RM949. Anda dapat TV pintar bersaiz 43" pada resolusi FHD.

Untuk makluman anda, TV berjenama Toshiba direka dan dihasilkan oleh Compal Electronics, sebuah syarikat yang berpengkalan di Taiwan. Mereka memegang lesen untuk menghasilkan TV berjenama Toshiba.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan mana-mana TV daripada promo ini, anda boleh pergi ke laman dalam talian rasmi Toshiba.