TV Micro LED 118-Inci LG MAGNIT Dilancarkan – Berharga Sekitar RM1.1 Juta

TechnologyDigital
12 Sep 2023 • 5:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung The Wall adalah antara televisyen mikro LED termahal kerana dijual pada harga RM1.23 juta di Malaysia. Televisyen ini bersaiz 146-inci dan menjalankan Tizen OS seperti kebanyakan televisyen mereka. Terbaru, LG MAGNIT telah diumumkan dan akan mula dijual bulan ini sebagai pesaing kepada The Wall.

image is not available

LG MAGNIT juga adalah televisyen mikro LED, cuma saiznya lebih kecil iaitu 118-inci. Ia menyokong paparan 4K 3840 x 2160 piksel dan warna HDR10 Pro. MAGNIT dijana dengan cip ɑ9 Intelligent Processor dengan sistem kecerdasan buatan tersendiri untuk memaparkan kandungan sukan, filem, permainan video dengan warna terbaik serta kecerahan yang memuaskan.

image is not available

Seperti kebanyakan televisyen LG yang lain, MAGNIT turut menggunakan webOS yang dilengkapi YouTube, Netflix, Prime Video, Disney+ dan banyak lagi. Ia turut menyokong Miracast dan Apple AirPlay 2. Untuk audio sistem stereo 2x 50W digunakan dengan saluran 4.2. Sokongan HDMI 2.1 untuk konsol generasi baharu turut disediakan dan WiSA turut tersedia untuk sambungan produk audio spatial secara nirwayar.

Menurut LG, MAGNIT hadir dengan dua pilihan sama ada pasang ke dinding ataupun dengan kaki sendiri. Harga jualan adalah sekitar $237,000 (~RM 1.1 juta) sebuah.

[Sumber] LG Newsroom [/sumber]