TV Mini LED Hisense UX, U8, U7 Dan Q7N 100″ Edisi Black Myth: Wukong Kini Di Malaysia

TechnologyDigital
29 Aug 2024 • 6:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Minggu ini. Hisense Malaysia telah membawa masuk beberapa televisyen pintar VIDAA edisi khas Black Myth: Wukong iaitu permainan video grafik tinggi terbaru yang kini sedang hangat dibincangkan. Televisyen ini berada di bawah siri UX, U8, U7 dan juga Q7N 100-inci.

image is not available
Siri U7 100-inci

Apa yang menariknya, setiap televisyen ini menggunakan panel Mini LED iaitu alternatif OLED terbaik dengan jaminan tuna skrin (burn-in) tidak akan berlaku dalam jangka masa pendek seperti TV OLED. U7 adalah TV Mini LED paling mampu milik Hisense, diikuti dengan U8 iaitu kelas pertengahan premium dan UX serta Q7N dalam kategori mercu. Setiap televisyen ini menjalankan VIDAA OS baharu iaitu sistem operasi berasaskan web seakan webOS pada LG.

image is not available

VIDAA serba baharu ini menawarkan akses aplikasi dan muat turun aplikasi yang lebih pantas berbanding TV pintar lain di pasaran. Dengan sokongan paparan warna Dolby Vision, audio Dolby Atmos, kadar segar semula 144Hz dengan AMD FreeSync Premium, sambungan HDMI 2.1 serta pelbagai ciri AI dan mod pintar khas turut ditawarkan pada televisyen-televisyen ini. Menurut Hisense, setiap televisyen edisi khas Black Myth: Wukong ini mempunyai profil warna khas untuk permainan dimainkan dengan pengalaman lebih imersif.

image is not available
Mod gaming dan profil khas Black Myth: Wukong

Untuk harga jualan, Hisense Malaysia menyatakan semua televisyen U7, U8, UX dan Q7N 100-inci sedia ada turut akan menyokong profil warna khas Black Myth: Wukong dengan kemas kini khas. Sementara semua yang baru dibeli akan terus boleh menggunakannya. Di Malaysia, Hisense U7 paling murah adalah 55U7K, iaitu berharga RM3,299.

View Original Article