TV Mini LED Toshiba Z670M Dan Z870M Kini Di Malaysia- Harga Bermula RM3,999

TechnologyDigital
6 Sep 2023 • 1:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Hari ini Toshiba Malaysia telah melancarkan tiga televisyen baharu yang menarik iaitu Toshiba Z670M, Z870M dan juga M550M. Harga jualan televisyen baharu mereka ini adalah RM3,999. Berikut adalah butiran setiap televisyen.

Toshiba Z870M

Model ini adalah televisyen pintar VIDAA OS yang menggunakan panel skrin mini LED dengan saiz 55″ atau 65″. Televisyen baharu Toshiba ini dijana dengan cip REGZA Engine ZRi yang dikuasakan bersama kecerdasan buatan.

image is not available

TV ini turut boleh memaparkan kandungan Dolby Vision dan HDR 10+. Toshiba Z870M dilengkapi dengan sistem speaker memancar ke hadapan REGZA Bass Woofer PRO dengan penalaan REGZA Power Audio Pro+ dan Dolby Atmos.

image is not available

Toshiba menyatakan TV ini turut sesuai untuk gaming dengan mod khas, menyokong kadar segar semula 144Hz, AMD FreeSync, mod auto masa pendam rendah dan IMAX Enhanced. Sokongan Apple AirPlay 2 turut tersedia dan TV ini turut boleh dimasukkan dalam ekosistem Apple HomeKit.

Toshiba Z670M

Juga televisyen VIDAA OS dengan saiz 55″ dan 65″. Cuma kali ini kedua-duanya menggunakan panel LED dan memfokuskan gaming sepenuhnya. TV ini turut menggunakan teknologi REGZA yang sama dengan Z870M.

image is not available

Kelebihan utama adalah kadar segar semula 144Hz TV ini jenis adaptif, VRR. Sokongan IMAX Enhanced, AMD FreeSync dan lain-lain turut dikekalkan. Untuk memberikan pengalaman gaming yang imersif, sistem audio dilengkapi dengan REGZA Bass System dan Tru Bass Booster.

image is not available

Toshiba M550M

Televisyen ini menggunakan teknologi REGZA Engine ZR dengan Color Re-Master Pro tetapi sistem audio masih sama iaitu REGZA Power Audio PRO, Tru Bass Booster dan REGZA Bass Woofer.

image is not available

Panel skrin adalah LED dengan teknologi warna Quantum Dot. Ia menyokong Dolby Vision dan HDR 10+, 4K, Dolby Atmos dan juga Apple AirPlay 2. TV ini akan dijual pada harga lebih mampu milik. Hanya TV ini sahaja menjalankan Google TV berbeza dengan model lain.

HARGA

Buat masa ini Toshiba Malaysia hanya akan menjual model Z870M dan Z670M sahaja. Butiran lanjut M550M akan diumumkan kelak.

image is not available

Bermula 1 September sehingga 30 September anda boleh melakukan pra-tempahan Toshiba Z870M dan Z670M di Lazada atau Shopee. Harga dan hadiah percuma adalah seperti berikut;

ModelHargaHarga
Promosi
Hadiah
Toshiba Z870M55″
RM7,699
65″
RM9,399
55″RM6,099
65″RM7,499
ASUS ROG Ally
atau
Logitech Z906 Surround Speaker
Toshiba Z670M55″RM4,999
65″RM6,299
55″
RM3,999
65″
RM4,999
Bose TV Speaker