TV Samsung Di Lebih 6000 Hotel Akan Dikemaskini Dengan Sokongan Apple AirPlay

TechnologyDigital
28 Jun 2024 • 4:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Antara masalah televisyen di hotel adalah ia tidak menyokong ciri menyiarkan kandungan skrin telefon ke skrin televisyen di dalam bilik. Ini adalah kerana hotel menggunakan sistem WiFi yang berkongsi dan sistem operasi televisyen dari jenama popular telah diubahsuai. Akan datang, televisyen Samsung yang digunakan di lebih 6000 hotel akan dikemaskini dengan sokongan Apple AirPlay.

image is not available

Hotel yang Samsung umumkan adalah 6000 hotel di bawah IHG yang terletak di 100 negara berbeza. Antara hotel di bawah IHG adalah Hotel Indigo, Regent Hotels & Resorts, Crowne Plaza Hotels & Resorts, Holiday Inn dan banyak lagi. Kemas kini televisyen di hotel-hotel ini akan membenarkan pengunjung dengan iPhone atau iPad menggunakan televisyen Samsung dengan lebih mudah. Pengunjung hanya perlu imbas kod QR pada televisyen Samsung Hospitality TV dan setiap sambungan dijamin selamat kerana sistem sekuriti yang ketat.

image is not available

Pengurus hotel akan menggunakan perisian LYNK Cloud dan SmartThings Pro untuk menguruskan peranti pintar di setiap bilik hotel. Perisian ini memudahkan pengurus hotel menetapkan kandungan tersuai serta menguruskan peranti Internet benda lain untuk digunakan oleh para pengunjung. Sistem ini turut akan memadam semua butiran peranti pengunjung selepas mereka mendaftar keluar.

image is not available

Buat masa ini, sokongan AirPlay hanya akan diberikan kepada televisyen Samsung HBU8000. Sokongan ini akan diedarkan secara berperingkat ke televisyen Samsung lain yang menggunakan sistem operasi Tizen 7.0 dan ke atas. Jika anda berkunjung ke hotel yang menggunakan televisyen LG, sokongan Google Cast boleh digunakan di lebih 500,000 bilik hotel.