TV3 Menggunakan Pengacara AI Bernama Sofea

LocalTechnology
2 Dec 2025 • 2:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Media Prima ialah syarikat tempatan yang berani menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam program mereka meskipun dikritik oleh orang ramai. Hujung minggu lalu mereka mula menggunakan hos AI yang menjadi penyampai acara liputan perkembangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 dengan menampilkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), Sabtu lalu.

image is not available

Hos yang diberi nama Sofea ini berkongsi data penting dan konteks yang lebih mudah difahami oleh penonton. Antaranya ialah jumlah kerusi, jumlah pengundi dan juga parti-parti yang bertanding dalam PRN kali ini.

Menurut pereka grafik yang menghasilkan Sofea, Nurul Farah’ain Nordin, proses membangunkan pengacara ini mengambil masa sebulan dengan ia melibatkan proses menghasilkan karakter, mood, dan pakaian yang menepati piawaian siaran langsung di televisyen.

TV3 bukan syarikat TV pertama menggunakan hos AI di Malaysia. Status ini dipegang oleh Astro Awani apabila mereka memperkenalkan hos AI dinamakan Joon dan Monica pada tahun 2023. Media Prima walau bagaimanapun menjadi syarikat pertama menggunakan DJ radio AI bernama Aina di Hot FM dan melancarkan siri animasi Misteri di Sebalik Order di TikTok yang dijana sepenuhnya menggunakan AI generatif.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved